CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihan 
Raya Kecil Kuala Besut selesai membuang undi di Sekolah Menengah 
Kebangsaan Kuala Besut di sini pada kira-kira jam 8.23 pagi. Beliau tiba
 di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi. - Foto 
Aswadi Alias |
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd 
Yusof (dua dari kiri) melihat seorang pengundi mencelupkan jari ke dalam
 botol dakwat kekal ketika meninjau proses pengundian di pusat 
pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Sekolah Menengah 
Kebangsaan Kuala Besut di sini, hari ini. - Foto BERNAMA |
PERAIH undi Barisan Nasional berusaha merayu undi dari pengundi bagi 
Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Kampung Gertak Seratus. - Foto BERNAMA
                    
 PENYOKONG Barisan Nasional meraih undi di bahu jalan berhampiran 
dengan  Sekolah Kebangsaan Bukit puteri, Kuala Besut sempena Pilihan 
Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.  - Foto Syarafiq Abd Samad
                    
ORANG ramai beratur menunggu giliran di saluran 2 SMK Kuala Besut 
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil 
Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Rosdan Wahid |
 Menunggu pusat mengundi dibuka
PENYOKONG parti politik berbaris sepanjang jalan untuk memancing 
sokongan di saat akhir Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di hadapan Sekolah
 Kebangsaan Kampung Baharu di Besut, hari ini. - Foto BERNAMA |







No comments:
Post a Comment