Pages

Tuesday, July 16, 2013

PRK Kuala Besut: Sokong BN untuk pastikan nasib usahawan terbela

JERTIH: Golongan usahawan kecil di Kuala Besut perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesinambungan bantuan dan pinjaman untuk meningkatkan taraf ekonomi serta pendapatan mereka.

Calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, jika golongan itu mahu mendapat bantuan secara jangka panjang, seharusnya mereka perlu menyokong BN.
"Kerajaan tidak pernah putus dan jemu membantu meningkatkan taraf ekonomi di kalangan penduduk Kuala Besut.

"Jadi saya merayu supaya kita mengekalkan sokongan terhadap kerajaan sekarang supaya khidmat bakti dapat diteruskan dan ditingkatkan," katanya ketika berucap pada majlis Program TEKUN dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Sivik Seri Seratus, Kuala Besut, sebentar tadi.

Katanya, bantuan TEKUN memang berupaya meningkatkan daya saing usahawan di kawasan terbabit.

Sementara itu, pada majlis yang sama, TEKUN menyerahkan cek pinjaman TEKUN sebanyak RM1.6 juta untuk diedarkan kepada 149 usahawan TEKUN Parlimen Besut.

Pinjaman diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.
Setakat ini, TEKUN sudah memberikan pinjaman sebanyak RM31.4 juta kepada 2,381 usahawan di Besut.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_SokongBNuntukpastikannasibusahawanterbela/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html 

No comments: