Pages

Thursday, July 25, 2013

Tambah majoriti

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dijulang oleh penyokong BN selepas diisytiharkan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Besut, Terengganu, malam tadi. 
*****
BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dikuasai berterusan sejak 2004, setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Keputusan yang sekali lagi dibuat oleh pengundi di Kuala Besut, di kawasan majoriti Melayu itu memberikan makna yang sangat besar bagi BN untuk kembali menstabilkan pemerintahan negeri dengan kelebihan dua kerusi DUN (17:15).
Ini bermakna menutup peluang Pas yang mengharapkan pengundi di sini memenangkannya untuk mencipta sejarah menjadikan DUN tergantung apabila jumlah kerusi dapat disamakan melalui kempen 16:16 dan memaksa pilihan raya negeri diadakan.
Calon BN, seorang profesional muda, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,37, memperoleh 8,288 undi manakala pencabarnya, seorang kontraktor, Endot@ Azlan Yusof,48, atau lebih dikenali dengan Che Long memperoleh 5,696 undi yang menyaksi peningkatan majoriti daripada 2,343 kepada 2,592 manakala 125 undi rosak.
Apa yang lebih menarik BN memenangi di semua pusat daerah mengundi termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang tewas sebelum ini.
Dengan slogan Kuala Besut Bertambah Biru, BN mencatat sedikit pertambahan dari segi majoriti yang dikaitkan dengan penurunan peratus keluar mengundi daripada 87 peratus dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kepada 80 peratus.
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh, di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Majlis Daerah, Gong Gemuntong Jertih kira-kira pukul 10 malam ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK.
Yang turut sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil di samping Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof.
Sebanyak 16,534 pengundi termasuk 55 peratus daripadanya merupakan pengundi muda menunaikan tanggungjawab hari ini manakala Sabtu lalu, 1,148 orang terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri mereka telah mengundi.
Namun, setelah kesemua pusat pengundi ditutup pukul 5 petang menyaksikan 13,188 pengundi atau mencecah 80 peratus keluar mengundi seperti yang dijangkakan oleh SPR.
PRK diadakan berikutan kematian Dr. A Rahman Mokhtar yang mewakili BN pada 26 Jun lalu dan semasa PRU lalu, Allahyarham mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya 6,375 undi, 144 undi rosak.
Lapan pusat mengundi yang disediakan dan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian yang ditutup pada pukul 3 petang.
Melalui PRK ini juga, SPR memperkenalkan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal, tidak lagi calitan di kuku seperti dalam PRU lalu bagi mengelakkan kontroversi berpanjangan.
PRK pernah diadakan di Kuala Besut 34 tahun lalu, juga dalam bulan Ramadan dan dimenangi calon BN.

Tengku Zaihan dijulang

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraikan kejayaan selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam ini. - Foto Rosdan Wahid  |

TIMBALAN Perdana Menteri meraikan kemenangan calon Barisan Nasional

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (dua dari kiri) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menewaskan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 yang diumumkan di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam ini. - Foto Aswadi Alias |

Diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil

CALON Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (kiri) mengangkat tangan selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.01 Kuala Besut, A Rahim Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin |

PRK Kuala Besut: Kemenangan BN kekalkan kedudukan 17-15 di Terengganu

KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof pada pilihan raya kecil (PRK), hari ini.

Dengan kemenangan itu BN mengukuhkan kembali kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 sebagaimana yang dimenangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, sekali gus menafikan hasrat PAS untuk mencipta sejarah kedudukan 16-16 kerusi DUN di negeri itu.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Kuala Besut, A Rahim Jusoh ketika mengumumkan keputusan rasmi itu berkata, daripada 14,108 atau 80 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 8,288 undi diberikan kepada BN dan 5,696 undi kepada PAS manakala undi rosak 125 undi.

Katanya, untuk PRK kali ini 13,188 adalah pengundi biasa, 911 (pengundi awal) manakala sembilan orang lagi adalah pengundi pos.

Kemenangan BN itu sekali lagi mengulangi sejarah 34 tahun lalu apabila BN menewaskan PAS pada PRK yang turut berlangsung pada bulan Ramadan itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_KemenanganBNkekalkankedudukan17-15diTerengganu/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 25JUL

PRK Kuala Besut: Kemenangan BN hadiah hari lahir paling bermakna buat PM

JERTIH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebentar tadi adalah hadiah hari lahir paling bermakna buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan padu daripada Perdana Menteri selaku Presiden UMNO ternyata menjadi pencetus kepada kemenangan calon BN terbabit.

"Lebih bermakna, kemenangan dicapai menerusi calon BN yang menang hampir di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk dua yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) iaitu Bukit Puteri dan Kampung Nangka.

"Pengundi memberi kepercayaan kepada Tengku Zaihan untuk menjadi wakil rakyat
dan daripada angka yang diberikan tadi.

"Walaupun peratusan keluar mengundi agak menurun iaitu 80 peratus berbanding 87 peratus pada PRU-13. Namun begitu kita masih dapat meraih majoriti lebih besar dengan 2,592 undi," katanya.

BN meraih majoriti sebanyak 2,434 bagi kerusi DUN Kuala Besut pada PRU13.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_KemenanganBNhadiahharilahirpalingbermaknabuatPM/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 25JUL

PRK Kuala Besut: Terima kasih kepada semua - Tengku Zaihan

JERTIH: Calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN dan UMNO yang mencetuskan kemenangan buat dirinya.

"UMNO terutamanya baik di peringkat bahagian, negeri dan Pusat bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
"Saya juga ingin merakamkan kemenangan kepada pengundi kerana memberi kepercayaan kepada saya.

"Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Terimakasihkepadasemua-TengkuZaihan/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 25JUL

PRK Kuala Besut: SPR sifatkan peratusan keluar mengundi satu kejayaan

KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini sebagai satu kejayaan walaupun jumlahnya berkurangan berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun peratusan mengundi pada PRU13 lalu adalah 87 peratus, tetapi jumlah 80 peratus yang direkodkan pada hari ini mencapai sasaran awal yang ditetapkan pihaknya.

Faktor PRK yang diadakan pada hari bekerja juga perlu diambil kira sebagai penyebab penurunan jumlah peratusan keluar mengundi, katanya.

"PRK ini adalah kejayaan kerana ramai pengundi termasuk yang bekerja di Kuala Lumpur sanggup mengambil cuti dan pulang ke kampung untuk mengundi.

"PRK juga tidak boleh dibandingkan dengan PRU13 kerana sudah pasti bahangnya tidak sama kerana ia hanya melibatkan satu kawasan sahaja dan bukannya seluruh negara," katanya ketika ditemui di Dewan Majlis Daerah Besut di sini, malam tadi.

DUN Kuala Besut mempunyai 16,534 pengundi yang layak.

Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan calon PAS, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi.

PRK DUN Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_SPRsifatkanperatusankeluarmengundisatukejayaan/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html

Kemenangan BN di Kuala Besut bukti UMNO masih menyerlah: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.

Perdana Menteri berkata, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

"Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.

"Insya Allah kita akan tunaikan semua janji pilihan raya kita ," katanya selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO di Seri Perdana di sini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot @ Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.

Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

"Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.
"Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua ahli BN untuk menambah sumbangan dan daya juang," katanya. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KemenanganBNdiKualaBesutbuktiUMNOmasihmenyerlah_Najib/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 25JUL

Wednesday, July 24, 2013

PRK Kuala Besut: Muhyiddin tinjau pusat operasi PDRM

JERTIH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut kira-kira jam 3.30 petang tadi bagi meninjau pusat operasi polis sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira 45 minit. Hadir sama mengiringi Muhyiddin sepanjang tinjauan itu ialah Timbalan ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Hamzah Md Jamil.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_MuhyiddintinjaupusatoperasiPDRM/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html

PRK Kuala Besut: Pusat pengundian ditutup

KUALA BESUT: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ditutup pada jam 5 petang ini.

Pusat pengundian itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut; SK Alor Peroi; SK Kampung Nangka, SK Kampung Nail, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.

Pusat pengundian di Pulau Perhentian iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada 3 petang. Kesemua pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Keputusan rasmi PRK Kuala Besut dijadual diketahui selepas pukul 10 malam ini bagi memberi peluang kepada pemimpin serta penyokong parti bertanding menunaikan solat Tarawih. PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pusatpengundianditutup/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html

Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka ditutup

ANGGOTA polis menutup pintu pagar di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka selepas berakhirnya pengundian untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada jam 5 petang. - Foto Yazit Razali |

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di serbu oleh penyokong PAS

KERETA yang membawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di serbu oleh penyokong PAS ketika membuat lawatan di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. - Foto Abdullah Yusof |

Tuesday, July 23, 2013

PRK Kuala Besut: Proses membuang undi bermula

JERTIH: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mula menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru.

Walaupun cuaca agak mendung, secara keseluruhan waktu pagi di Kuala Besut tetap indah.
Selepas panas berkempen selama dua minggu, pengundi bersedia untuk membuang undi seawal jam 8 pagi.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca agak baik pada hari ini bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Cuaca dijangka mendung pada sebelah pagi dan cerah pada waktu petang dengan suhu tertinggi dijangka 32 darjah Celsius.

Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 16,534 pengundi di Kuala Besut termasuk 55 peratus adalah pengundi muda.

Sabtu lalu, seramai 1,148 pengundi terdiri daripada anggota tentera udara, pegawai dan isteri mereka, turut membuang undi pada 20 Julai lalu di Pangkalan Udara Gong Kedak. Peratus keluar mengundi ketika itu ialah 80 peratus.
SPR menjangkakan peratus keluar mengundi hari ini ialah lebih 75 peratus.

Lapan pusat mengundi yang disediakan ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Kampung Nail, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dan Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.

Kesemua pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian ditutup pada jam 3 petang.

Pada PRK ini, calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bekas jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran akan membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut manakala pencabarnya, Endot @ Azlan Yusof dari Pas, lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuag undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

PRK terbabit perlu dilaksanakan berikutan kematian Ahli Dewam Undangan Negeri, Dr A.Rahman Mokhtar mewakili BN akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Prosesmembuangundibermula/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 24

Suasana Hari Mengundi

 
CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini pada kira-kira jam 8.23 pagi. Beliau tiba di pusat mengundi itu pada jam 8 pagi tadi untuk membuang undi. - Foto Aswadi Alias |
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua dari kiri) melihat seorang pengundi mencelupkan jari ke dalam botol dakwat kekal ketika meninjau proses pengundian di pusat pembuangan undi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di sini, hari ini. - Foto BERNAMA |
PERAIH undi Barisan Nasional berusaha merayu undi dari pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di Kampung Gertak Seratus. - Foto BERNAMA
 PENYOKONG Barisan Nasional meraih undi di bahu jalan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Bukit puteri, Kuala Besut sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Syarafiq Abd Samad
ORANG ramai beratur menunggu giliran di saluran 2 SMK Kuala Besut untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Rosdan Wahid |
 Menunggu pusat mengundi dibuka
PENYOKONG parti politik berbaris sepanjang jalan untuk memancing sokongan di saat akhir Pilihan Raya Kecil Kuala Besut di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Besut, hari ini. - Foto BERNAMA |

SPR cabar Rafizi ulang dakwaan Pengerusi, Timbalannya kenal pembekal dakwat

JERTIH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya mengulangi tuduhan di luar Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Timbalannya mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Pengarah Strategi PKR itu supaya berbuat demikian.

"Kalau dia betul-betul bertanggungjawab atau anak jantan sila ulang tuduhan itu di luar Dewan Rakyat atau di mana-mana yang dia suka," katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulas dakwaan Rafizi ketika dalam sidang Dewan Rakyat bahawa Abdul Aziz dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.

Abdul Aziz berkata, sekiranya SPR mendapat kenyataan itu nanti, suruhanjaya itu akan berbincang dengan peguam-peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRcabarRafiziulangdakwaanPengerusi_Timbalannyakenalpembekaldakwat/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 24JUL

PRK Kuala Besut: Puteri percaya pengundi tidak terpengaruh dakyah saat akhir

JERTIH: Pergerakan Puteri UMNO menaruh kepercayaan bahawa pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang pada saat akhir.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, hal ini kerana pembangkang sebenarnya tahu mereka tidak mampu menawan DUN Kuala Besut dan atas sebab itu bertindak menyebarkan dakyah picisan seperti itu dakwat kekal yang tidak sah untuk bersolat.

"Isu solat kekal ini sudah disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sememangnya sah untuk solat tapi pembangkang sengaja mahu mengelirukan pengundi," katanya ketika temui pada program lawatan rumah ke rumah dalam DUN Kuala Besut di sini, petang tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, Puteri UMNO menaruh keyakinan dan percaya bahawa penerimaan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN) semakin baik dan positif.

Katanya, penerimaan itu memberi gambaran BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN terbabit.

"Rakyat di DUN Kuala Besut harus yakin dan memberi sepenuhnya kepercayaan kepada BN. Hal ini kerana setiap undi kepada BN adalah amanah besar untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga.

"Hanya kerajaan BN yang sudah membuktikan mampu membawa perubahan kepada taraf hidup rakyat ke arah yang lebih baik," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Puteripercayapengunditidakterpengaruhdakyahsaatakhir/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 23JUL

Undi calon BN untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap pemilih keluar awal esok bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dan mengundi calon Barisan Nasional (BN) untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.

"Insya-Allah, beliau (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) merupakan calon yang paling sesuai untuk kesejahteraan masa depan Kuala Besut. Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya," kata perdana menteri di laman Facebook hari ini.
Najib berkata, Tengku Zaihan adalah calon muda yang bersemangat dan mampu mencetuskan idea-idea baru untuk memakmurkan lagi kehidupan di Kuala Besut.

Sebagai anak jati Kuala Besut, calon BN itu tentunya mahukan yang terbaik untuk kawasan berkenaan, katanya.

Beliau berharap proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu berjalan lancar, lebih-lebih lagi ia berlangsung dalam bulan Ramadan.

"Selaras dengan kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok, saya berharap supaya semua pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin," katanya.

PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan, 37, dan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48.
Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UndicalonBNuntukmasadepanTerengganuyanglebihberjaya_Najib/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 23JUL

Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut

KETUA Tempat Mengundi saluran 1 dan 2 SRK Pulau Perhentian, membawa kertas dan peralatan mengundi menaiki bot sambil diperhatikan anggota keselamatan untuk membuat persiapan di pusat mengundi menjelang Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut. Seramai 17,683 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab membuang undi di 9 pusat mengundi termasuk pengundi awal. - Foto Rosdan Wahid |

Program Mobile CTC

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan) beramah mesra bersama Zafirah Zakaria yang memohon pinjaman PTPTN pada Program Mobile CTC perhidmatan bergerak di Pasar Borong Kuala Besut. - Foto Syarafiq Abd Samad |

Mengawal keadaan lalulintas

ANGGOTA polis trafik mengawal keadaan lalulintas di beberapa kawasan yang sesak di sekitar Kuala Besut. - Foto Khairull Azry Bidin |

Calon PRK Kuala Besut dekati pengundi sehingga ke saat-saat akhir

KUALA BESUT: Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS memanfaatkan saat-saat penghunjung berkempen untuk membuat 'sentuhan akhir' kepada para pemilih sebelum hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, esok.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata waktu terakhir berkempen amat berharga untuknya dan jentera parti.
"Kami gunakan masa yang ada pusing habis-habisan," katanya ketika ditemui semasa mengadakan tinjauan mesra di Kampung Baharu di sini hari ini.

Sejak hari penamaan calon pada 12 Julai lalu, calon BN itu menghadiri tidak kurang 10 acara sehari untuk bertemu pelbagai lapisan masyarakat dan pengundi Kuala Besut.

Bermula seawal 8 pagi, Tengku Zaihan akan menghadiri setiap majlis yang diatur petugas parti untuk bertemu pengundi dan keadaan itu kadang-kadang akan berlarutan sehingga pukul 3.30 pagi keesokannya.

Dengan tidur hanya tiga hingga empat jam sehari, calon BN itu turut ditemu ramah media lebih daripada lima kali sehari.

Meskipun mengakui kepenatan mengharungi kempen selepas 11 hari, namun pengalamannya sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang perlu banyak berhadapan dengan masyarakat sebelum ini banyak membantunya dalam kempen.

"Letih memang letih tapi tugas saya dalam jabatan ini tidak lari jauh macam sekarang (berkempen), cuma saya banyakkan mengambil vitamin dan pemakanan tambahan untuk meningkatkan tenaga," katanya.

Tengku Zaihan berkata rata-rata penduduk Kuala Besut yang ditemuinya memberikan maklum balas dan aduan yang membina terutama dalam membangunkan kawasan itu.
 
"Rintihan dan permasalahan penduduk Kuala Besut akan saya jadikan rekod dan rujukan," katanya.
Sementara itu, 
 
Pengurus Kempen bagi PRK DUN Kuala Besut dan jurucakap calon PAS, Hanafiah Mat berkata calon parti itu Endot@Azlan Yusof tidak alah kepada dugaan dan terus berkempen kepada semua pengundi.

"Dia kini teruskan bertemu pengundi di sini serta Pulau Perhentian sehinggalah tempoh kempen tamat malam ini," kata Hanafiah yang ditemui di markas PAS di Kampung Baharu di sini.

Azlan yang juga dikenali sebagai 'Che Long' dilaporkan disekat daripada memberi kenyataan secara spontan kepada media berikutan kenyataan kontroversinya yang mengikrarkan beberapa perkara, yang dimuat naik di laman YouTube.

PRK DUN Kuala Besut itu diadakan selepas kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CalonPRKKualaBesutdekatipengundisehinggakesaat-saatakhir/Article/?bh | 22JUL

PRK Kuala Besut: Jangan terpedaya pengedaran surat layang

JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pengundi supaya tidak terpedaya dengan penyebaran surat palsu yang diedarkan PAS di sekitar kawasan berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAS menyebarkan surat layang 'Sumbangan Duit Hari Raya Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut' oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dianggap amat keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

Kandungan surat berkenaan antara lain menyatakan Muhyiddin yang menghadiri mesyuarat pada 13 Julai lalu meluluskan pemberian sumbangan hari raya kepada pengundi berdaftar, ahli dan penyokong parti lawan bermula semalam di Bilik Gerakan PRK Kuala Besut.

"Ini semua fitnah semata-mata kerana pada 13 Julai lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tak berada di Kuala Besut. Malah Setiausaha Jentera PRK Kuala Besut,
Salleh Abdul Latif yang dikatakan menandatangani surat berkenaan menafikan perkara itu.

"Pada peringkat permulaan kempen, PAS beriya-iya mahu menghormati bulan puasa dan tak menyerang secara peribadi tapi mereka mula-mula sekali yang menyebarkan surat fitnah dengan mengatakan ada elaun diberikan.

"Ia memburukkan UMNO dengan menyebarkan fitnah bahawa kita cuba membeli undi dan tak ada perjuangan. Tapi sebenarnya PAS yang tak ada perjuangan," katanya pada sidang media di Pusat Media PRK Kuala Besut, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengesahkan bahawa surat palsu itu sudah mula diedarkan di Masjid Kuala Besut, kira-kira jam
6.30 pagi tadi.

"Saya menjumpai surat ini selepas menunaikan solat Subuh di masjid terbabit, malah lebih mengejutkan ketika melakukan program turun padang di sekitar
kawasan berkenaan terdapat surat yang sama digulung dan diletakkan di rumah pengundi," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Jangantermakanpengedaransuratlayang/Article/?bh 

Monday, July 22, 2013

Bersahur rumah Pengerusi JKKK Kampung Tengah

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (kanan) bersahur bersama keluarga Pengerusi JKKK Kampung Tengah, Mohd Yatim Ahmad menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Rosdan Wahid |

Penyedia perkhidmatan komunikasi diminta pertingkat kualiti

KUALA BESUT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meminta penyedia perkhidmatan komunikasi memantau dan meningkatkan kualiti perkhidmatan terutama kemudahan internet di Besut.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari, berkata kementerian itu tidak mahu wujud gangguan perkhidmatan yang melampau terutama ketika musim perayaan apabila ramai pulang ke kampung dan bergantung kepada internet untuk mendapat maklumat.
Ketika ini, kadar kelajuan perkhidmatan internet yang disediakan pengendali ialah 4 Megabait sesaat (Mbps) ke atas, katanya ketika ditemui di sini.

"Kita mahu penduduk menikmati kemudahan internet yang baik supaya mereka tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi," katanya.

Mengulas perkara berkaitan, Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, berkata setakat ini terdapat 30 kampung di daerah Besut menikmati kemudahan internet secara percuma menerusi program Kampung Tanpa Wayar.

"Bagaimanapun, pihak kami menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengenal pasti dua atau tiga lagi kampung untuk program itu," katanya menambah program berkenaan menyediakan kemudahan Internet dengan kadar kelajuan 2Mbps. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penyediaperkhidmatankomunikasidimintapertingkatkualiti/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 23JUL

Program Rahmat Minda Ramadhan

Program Rahmat Minda Ramadhan Di Masjid Kg.Beris Lampu N01 DUN Kuala Besut Bersempena Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut Bersama Menteri Belia Dan Sukan YB Khairy Jamaludin

Ziarah balu bekas wakil rakyat

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kanan) bersama isteri, Siti Salbiah Othman (kiri) beramah mesra dengan balu bekas wakil rakyat, Wan Esah Ali, 72, (dua dari kanan) dalam lawatan di Alor Lintang, Kuala Besut. - Foto Aswadi Alias |

PRK Kuala Besut: Pembangunan bukan atas desakan pembangkang

JERTIH: Segala limpahan projek pembangunan di Besut yang diumumkan Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan di kawasan itu adalah bukan atas desakan pembangkang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebaliknya, projek pembangunan seperti pemecah ombak di muara Sungai Besut dan Empangan Nangka yang diumumkan baru-baru ini sudah dirancang begitu lama untuk keperluan rakyat.
"Saya ingin maklumkan segala perancangan kerajaan tak ada kena mengena dengan pembangkang atau desakan pembangkang.

"Tanpa desakan pembangkang pun, kita masih buat demi kepentingan rakyat," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pasar Tani Kuala Besut, di sini, sebentar tadi. Hadir sama Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ismail Sabri diminta mengulas kononnya segala projek pembangunan di Kuala Besut adalah atas desakan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, memang dari segi pelaksanaan projek-projek terbabit akan mengambil masa termasuk kelulusan.

Katanya, lakaran projek bukan boleh siap dalam dua minggu dan kajian perlu disiapkan dalam masa bertahun-tahun.
"Bukan boleh buat pemecah ombak dalam masa seminggu, pilihan raya diumumkan minggu lepas, sedangkan pelan dan kajian dah lama seperti berapa panjang pemecah ombak.

"Agaknya pembangkang ingat buat pemecah ombak macam nak batas padi di sawah, buat sesuka hati dalam seminggu. Pembangkang tak boleh merancang, dia ingat semua senang jadi sebab itu kita buat, dia pun kata boleh buat bila dia sebut.

"Kita ada forum yang begitu banyak dengan petani dan persatuan peladang membangkitkan isu ini. Kita sediakan perancangan pelan dah lama dirancang, jadi tak timbul pembangkang kata kerana pilihan raya dah dekat dan bangkit isu, maka kita tergesa-gesa untuk luluskannya," katanya.

Selain itu, beliau berkata, peluang Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut adalah besar dan cerah kerana pengundi di sini memahami kemenangan pembangkang tidak akan memberi makna.

"Lebih baik beri kemenangan kepada BN dan beri kestabilan kepada kerajaan negeri. Kita nak kekalkan kerajaan BN di Terengganu supaya projek pembangunan yang diumumkan dapat dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan pasar borong tani bagi membolehkan petani dan peladang mengumpulkan dan memasarkan hasil tani mereka.

"Pasar borong sedia ada tidak membabitkan petani dan produk bukan daripada hasil orang kampung dan petani kecil," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pembangunanbukanatasdesakanpembangkang/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html

PRK Kuala Besut: Pembangkang hanya tahu mengadu saja

JERTIH: Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menempelak kenyataan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa peruntukan bagi melaksanakan projek pembangunan yang diberikan Kerajaan Pusat hanya sekadar janji pilihan raya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mempersoalkan pembangunan yang pernah dilakukan pembangkang di daerah berkenaan ketika diberi peluang memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004. "Apa yang dia tak sangsi...semua yang kita cakap semua sangsi selalu. Dia tak buat apa-apa pun kalau dia menang sekalipun. Apa yang mereka buat masa 1999?

Mereka menang tapi tak buat juga...mereka hanya tahu mengadu saja," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin tertinggi PAS dan Bersih 2.0 yang mendakwa segala projek pembangunan yang ditawarkan kepada penduduk Kuala Besut
adalah janji yang ditabur bagi meraih undi.

Idris berkata demikian selepas merasmikan Program Kem Robotik Daerah Besut bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Pembangkanghanyatahumengadusaja/Article/?bh

Sunday, July 21, 2013

Abe Ku

ANTARA kain rentang yang terdapat di Kuala Besut sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Rosdan Wahid |

Pengundi luar

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sempat memberi ucapan kepada pengundi luar di Kampung Dalam Rhu, Pasir Putih ketika berkempen rumah ke rumah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Aswadi Alias |

Lawat kedai runcit

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman beramah mesra dengan pekerja di sebuah pasar raya ketika berkempen di daerah Kuala Besut. - Foto Aswadi Alias |

Kuala Besut bertambah biru!

BENDERA parti yang bertanding menghiasi sekitar Kuala Besut menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Abdullah Yusof

Muara bakal berubah wajah

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukkan RM250 juta untuk mendalamkan muara dan membina benteng di Kuala Sungai Besut. - Foto Rosdan Wahid |

Ziarah ahli RELA uzur

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Pasukan Sukarelawan Malaysia, Datuk Mustafa Ibrahim (dua dari kiri) memangku anggota RELA yang uzur, Omar Said ke atas kerusi roda pada lawatannya di Kampung Gong Nering, Kuala Besut. - Foto Khairull Azry Bidin |

Zakat Bank Rakyat

PENGURUS Bank Rakyat Cawangan Kota Bahru (kiri) menyerahkan wang zakat Bank Rakyat kepada Pengerusi Masjid Al Jumhariah, Wan Zainudin wan Said (kanan) sambil disaksikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (tengah) di Majlis Penyerahan Zakat dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Jumhariah. - Foto Yazit Razali |

Tiada sebab tukar kerajaan BN

MUKHRIZ Mahathir berucap dalam majlis penyampaian zakat untuk penduduk miskin di Kampung Ayer Terjun, Kuala Besut, semalam. 
*****
BESUT 19 Julai - Tidak ada keperluan untuk rakyat negeri ini, khususnya di Kuala Besut menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri dan merencanakan aspek kebajikan rakyatnya dengan baik.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan yang ada hari ini mempunyai wawasan dan mengamalkan pendekatan luar kotak sehingga meletakkan pencapaian negeri itu dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan mengatasi negeri lain.
Beliau berkata, justeru itu, Kedah yang dipimpinnya kini turut mempelajari pengalaman dan pendekatan Terengganu dalam pentadbiran terutama dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab.
"Kami dari Kedah datang ke sini untuk membalas budi Terengganu, khususnya Besut. Kita banyak belajar daripada Terengganu melalui program Ulul Albab, kita lihat banyak sekolah yang menggunakan program ini dan prestasi mereka meningkat dengan ketara, Kedah akan mencontohinya.
"Kalau sudah ada yang baik-baik di Terengganu sehingga kami dari Kedah dan negeri lain datang ke Terengganu, maka tidak ada keperluan untuk menukar kerajaan BN yang progresif dan berwawasan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk miskin di Kampung Ayer Terjun, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah.
Mukhriz turut mengakui pihaknya belajar daripada UMNO Terengganu untuk mengambil semula negeri itu daripada pentadbiran Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
"Banyak perkara baik yang kami belajar daripada Terengganu, kami amat berharap rakyat negeri ini tidak menolak kerajaan yang ada sekarang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, gandingan pemimpin muda dan lama dalam pentadbiran adalah amat baik kerana saling lengkap-melengkapi.
Katanya, dalam sebuah pentadbiran, peredaran zaman memerlukan idea segar daripada orang muda tetapi pengalaman yang dimiliki oleh generasi terdahulu amat diperlukan bagi membentuk gandingan mantap.
"Saya difahamkan di Kuala Besut mempunyai kira-kira 54 peratus pengundi muda. Pemilihan calon yang muda dalam pilihan raya kecil ini amat baik untuk menggandingkan dengan generasi lama.
"Di Kuala Besut ada ramai orang muda sudah tentu mahukan aspirasi mereka dilaksana demi masa depan, jadi saya orang seperti (calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman) ini wajar diberi mandat untuk terus menjadi wakil rakyat," katanya.

Lawa lawa lawaaaa


‘Saya Sayang PM’

ORANG ramai tertarik menyaksikan paraglider yang tertera tulisan ‘Saya Sayang PM’ berlegar di ruang udara sekitar Kuala Besut. - Foto Khairull Azry Bidin |

Kempen di Pekan Kuala Besut

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) membuat tinjauan mesra bersama ahli MCA dalam kempen ke kedai di sekitar Pekan, Kuala Besut sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut. - Foto Aswadi Alias |

Ziarah

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bersama ayahnya, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah (kiri) menziarahi Mohd Shariff Ismail, 80, yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan, beliau juga peneroka asal Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut. - Foto Aswadi Alias |

Lembu untuk kenduri berbuka puasa

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan lembu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (kanan) kepada Imam Masjid Al-Jamhuriah, Mohd Azizi Derahim (kiri) di Masjid Al-Jamhuriah di Kuala Besut. - Foto Syarafiq Abd Samad |

Kerajaan sedang laksana program pemutihan nelayan

JERTIH: Kerajaan sedang melaksanakan program pemutihan membabitkan nelayan bagi memastikan bantuan dan insentif yang diberikan sampai dan dimanfaatkan kumpulan sasar iaitu golongan terbabit.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program pemutihan itu penting bagi menyemak satu persatu butiran nelayan dan memastikan mereka yang layak saja menerima bantuan sara hidup dan pembelian diesel murah untuk kegiatan menangkap ikan.
Beliau berkata, program pemutihan terbabit akan bermula di Bachok dan diikuti negari lain.

"Bukan kerana tak percaya kepada nelayan tapi ada yang nakal-nakal. Ada yang mendaftar tak ada bot pun.

"Pada pusingan pertama program pemutihan itu tak berapa cekap dan lengkap. Selepas diaudit kita lihat ada beberapa kelemahan dari apa yang kita buat, " katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan pada Program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Pulau Perhentian, sebentar tadi.

Hadir sama EXCO Pertanian negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad,

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohad Khazin Hamzah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.
Pada majlis terbabit, Ismail Sabri menyerahkan elaun sara hidup kepada tujuh nelayan, bantuan pelajaran anak nelayan (30 orang), bantuan `touch point' seramai 200 orang dan melantik wakil TEKUN di Pulau Perhentian.

Ismail Sabri diminta mengulas akhbar tempatan hari ini berkaitan lebih 100 nelayan pantai di Bachok yang sebelum ini menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan, mendakwa tidak menerima pembayaran sejak dua bulan lalu.

Katanya, nelayan terbabit sudah mengemukakan rayuan kepada pihaknya dan akan mengkaji hujan mereka berkaitan bukti pendaratan ikan dan pembelian diesel subsidi.

Beliau berkata, pihaknya memberikan elaun sara hidup untuk membantu nelayan dan golongan itu perlu membuktikan diri mereka nelayan.

"Pertama, mereka mesti mendaratkan ikan dan mesti ke laut dan jika ke laut mereka ada satu lagi insentif iaitu pembelian diesel subsidi.

"Jika mereka ada bukti membeli diesel secara berterusan dan mendarat ikan dalam tempoh enam bulan, barulah dianggap nelayan sebenar dan layak mendapat elaun sara hidup nelayan, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaansedanglaksanaprogrampemutihannelayan/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 21JUL

BN tumpu bawa pengundi luar kawasan pulang mengundi: Idris Jusoh

KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan bagi membawa pengundi dari luar kawasan balik mengundi, kata Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, BN juga sedang mempersiapkan jentera untuk menyediakan kenderaan khusus bagi digunakan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi pada 24 Julai nanti.

"Kempen kita sudah berjalan dengan baik dan tidak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini," katanya ketika ditanya tentang 'usaha tambahan' dilakukan BN sebelum tempoh kempen berakhir empat hari lagi, di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut itu berkata, jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga sudah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi dalam kawasan itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 peratus membabitkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata pemerhatian terhadap penerimaan masyarakat terhadap calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan 'Abe Ku' juga semakin baik.

"Dulu ada tuduhan mengatakan beliau orang luar tetapi selepas terbukti Abe Ku adalah anak tempatan dan anak seorang ustaz, tahap penerimaan masyarakat terhadap beliau terus memuncak, malah ramai yang mula bersalam dan mengerumuninya, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai seorang calon," katanya.
Idris juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terlibat dalam kempen yang sedang berlangsung.

Pilihan kecil raya itu menyaksikan Tengku Zaihan ditentang calon PAS Endot@Azlan Yusof diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu.

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNtumpubawapengundiluarkawasanpulangmengundi_IdrisJusoh/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 21JUL

PRK Kuala Besut disifatkan pilihan raya paling tenang - Zahid Hamidi

JERTIH: Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai pilihan raya paling tenang kerana tiada kes jenayah dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, sejak penamaan calon sehingga semalam, polis hanya menerima empat laporan termasuk satu laporan mengenai kejadian yang berlaku di Kuala Besut tetapi ia dibuat di Kuala Lumpur oleh seorang pemimpin parti pembangkang.
"Ini termasuk satu kes aneh iaitu membakar dua bendera politik yang bertanding di kawasan DUN Kuala Besut dan kita tidak menolak kemungkinan kes itu bukan dilakukan penyokong kedua-dua parti, sebaliknya mereka yang sengaja ingin cetuskan provokasi.

“Kita berharap keadaan dan suasana tenang ini berlarutan sehingga hari pembuangan undi dan keputusan PRK diumumkan Rabu ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat ke Martek PDRM dan mendengar taklimat mengenai keselamatan PRK Kuala Besut, di sini, petang tadi.

Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan sebanyak RM10.4 juta untuk menjaga keamanan seluruh penduduk dan penyokong kedua-dua parti sepanjang tempoh berkempen pada PRK Kuala Besut.

Katanya, perbelanjaan itu diperuntukan untuk penyediaan makan minum kepada 2,789 pegawai dan anggota polis daripada seluruh negara yang dipilih menjalankan tugas pada PRK Kuala Besut, selain digunakan bagi kemudahan logistik.

Sementara itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa pengundi supaya tidak terpedaya dengan 'perangkap' PAS sepanjang kempen PRK Kuala Besut kali ini.
Sambil menyifatkan kempen yang dilancarkan PAS sebagai perang saraf bagi memerangkap keadaan politik Terengganu, Zahid berkata, pengundi harus bijak menilai kesan sekiranya berlaku kerajaan tergantung di negeri ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesutdisifatkanpilihanrayapalingtenang-ZahidHamidi/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 21JUL

Saturday, July 20, 2013

PRK Kuala Besut: 200 ahli NGO ikrar sokong calon BN

JERTIH: Kira-kira 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jemaah Al-Ehsan Kelantan-Besut sebentar tadi menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Majlis disaksikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan manakala ahli-ahli NGO itu diketuai Zakaria Salleh.
"Saya bersyukur kerana kira-kira 200 ahli NGO yang sebelum ini menyokong PAS, kini beralih menyokong kita.

"Kita amat hargai sokongan yang dinyatakan. Pertubuhan ini sudah menyuarakan hasrat untuk menyokong BN baru-baru ini, maka malam malam ini menjadi kenyataan," katanya pada sidang media di Dataran Kuala Besut, malam tadi.

Sementara itu, Zakaria berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat menyatakan sokongan kepada calon BN pada PRK kali ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut__200ahliNGOikrarsokongcalonBN/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 21JUL

PRK Kuala Besut: Zaihan ada pasukan kuat yakinkan pengundi

JERTIH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mempunyai pasukan yang kuat untuk meyakinkan pengundi supaya mengekalkan kerusi kawasan terbabit dalam genggaman BN.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Tengku Zaihan mendapat sokongan padu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, beliau sendiri dan pemimpin daripada semua sayap UMNO.
"Pasukan yang kuat ini dapat memberi kembali pembangunan kepada rakyat banding dengan pasukan Che Long saya tak tahu siapa yang bantu rakyat daripada pihak sana.

"Ini fakta yang benar dan perlu diuar-uarkan kepada pengundi, jangan tersilap pilih. Kalau pilih tentu sekali dari pasukan yang kuat," katanya kepada BH Online ketika melawat Pasar Borong Kuala Besut, di sini, sebentar tadi.

Ditanya mengenai bacaan sikap pengundi di Kuala Besut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, berdasarkan pengalaman lalu, jika seseorang tidak suka maka nampak gerak tubuh mereka tetapi sepanjang pertemuan dengan pengundi didapati penerimaan amat baik.

"Kehadiran kita daripada situ kita tahu sama ada mereka terbuka untuk menyokong kita. Ketika memberi risalah orang tidak ambil, kita tahu mereka tidak suka. Tapi tak ada satu risalah pun yang kita bagi mereka tidak ambil sama ada Suara Besut yang kita edar dan saya bagi sendiri.

"Begitu juga ketika mereka hadir pada majlis anjuran kita seperti berbuka puasa, tarawih dan program rasmi, nampaknya sambutan amat positif dan menunjukkan pengundi di Kuala Besut sudah matang," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, gerak kerja berkempen menjelang hari-hari terakhir sebelum membuang undi akan diteruskan dan mempergiatkan
kunjungan dari rumah ke rumah dan bertemu seberapa ramai pengundi.

"Kepada pengundi yang di luar Kuala Besut yang ingin mengundi kita, kembalilah. Yang nak mengundi kita boleh balik dari Kuala Lumpur pada malam
Selasa selepas berbuka dan kira-kira jam 1 pagi tiba terus sahur bersama keluarga, paginya terus mengundi dan terus balik," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_Zaihanadapasukankuatyakinkanpengundi/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html | 21JUL

Sokong BN

NGO, Ahli Jemaah Al Ehsan Kuala Besut-Kelantan sepakat menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional pada PRK Kuala Besut.

Pasar nelayan di Kuala Besut akan dibina September ini: Ismail Sabri

JERTIH: Pembinaan pasar nelayan bernilai RM200,000 di Jeti Kuala Besut dijangka bermula September ini dan bakal memberi faedah kepada 1,000 nelayan untuk
menambah pendapatan mereka dan mengelak daripada manupulasi harga orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembinaan pasar nelayan itu memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk mendaratkan ikan dan terus boleh menjual kepada pengguna.

"Kepada nelayan mereka boleh terus menjual kepada pengguna, kepada pengguna pula ikan tidak melalui pihak lain mereka dapat harga lebih murah.

"Dalam hal ini, untung kepada kedua-dua pihak iaitu nelayan dan pengguna," kepada pemberita ketika melawat kawasan yang dicadangkan pembinaan pasar nelayan terbabit.

Katanya, peruntukan untuk membina pasar nelayan terbabit sudah ada dan akan dibina dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pihkanya turut memperuntukkan RM1 juta untuk membaiki Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malasia (LKIM) dan sedang membina kilang air batu bagi kemudahan nelayan. Katanya, kerajaan menyasarkan pembinaan 100 pasar nelayan di seluruh negara.

Pasar nelayan terbabit itu adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PasarnelayandiKualaBesutakandibinaSeptemberini_IsmailSabri/Article/?bh

Majlis Himpunan Nelayan dan Peladang di Dataran Kuala Besut

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Himpunan Nelayan dan Peladang di Dataran Kuala Besut, hari ini. Turut hadir calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kanan). - Foto Yazit Razali |

Projek dalamkan muara Sungai Besut mula 2014: Muhyiddin

JERTIH: Projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta dijangka dimulakan pada 2014 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun atau dua tahun setengah sekali gus memberikan kesan limpahan positif kepada kawasan Kuala Besut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek terbabit akan dimulakan selepas kajian teknikal dikendalikan perunding yang dilantik Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri selesai membabitkan kos RM500,000.
"Projek ini akan mengubah situasi dan keadaan yang ada di Kuala Besut. Kesan limpahan kepada pembangunan ekonomi dan menjadi kawasan pertumbuhan baru serta menjana pendapatan berganda.

"Malah nelayan boleh kerap turun ke laut. Kita juga akan membina pelabuhan kecil dan bandar kecil Kuala Besut dapat dimajukan sebagai kawasan
perniagaan dan tentunya menambah peluang pekerjaan.

"Sebab itulah kita tidak teragak-agak supaya projek ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Warga Nelayan dan Peladang Kawasan Besut di Dataran Besut, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Pembinaan benteng ombak di kuala Sungai Besut dapat menghalang ombak dan gelombang besar yang membawa pasir sehingga menjadikan muara sungai cetek.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan pembinaan empangan rendah bernilai RM35 juta di Pangkalan Nangka bagi membolehkan pesawah menanam padi dua kali setahun membabitkan sawah kira-kira 900 hektar.

"Empangan di Pangkalan Nangka sudah dibina lama tapi selalu rosak menyebabkan 900 hektar sawah ditanam dua kali semusim tak boleh dilaksanakan. Apabila keupayaan empangan ini ditingkatkan operasi tanaman padi lebih baik dan sawah ditanam semula, dua kali setahun seterusnya menaikkan pendapatan daripada 4 metrik tan sehektar kepada 5.5 metrik tan sehektar," katanya.

Sementara itu, Idris berkata, projek mendalamkan kuala Sungai Besut dapat menjadikan kawasan berkenaan sebagai gerbang pelancongan antarabangsa
termasuk projek pembinaan hotel dan pusat peranginan serta pusat perahu layar.

Katanya, benteng pemecah ombak akan dibina sejauh kilometer dari kuala sungai terbabit sehingga Pangkalan Atap dan jarak yang sama sehingga ke
Air Tawar bagi menjadikan air sungai bertambah dalam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProjekdalamkanmuaraSungaiBesutmula2014_Muhyiddin/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html 

PRK Kuala Besut: Rakyat perlu imbau dosa PAS

JERTIH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengajak rakyat di Kuala Besut mengimbau kembali dosa yang pernah dilakukan PAS ketika memerintah Terengganu.

Beliau berkata, mereka perlu menjadikan tindakan mengusir kanak-kanak tadika dari sekolah sebagai iktibar selepas pemimpin tertinggi PAS mengakui kesilapan dan kezaliman yang mereka lakukan di Terengganu ketika memerintah pada 1999 hingga 2004.
"Saya tak nak cakap pasal pembangunan sebab PAS memang tak berminat dengan perkara itu, tapi rakyat perlu ingat bagaimana zalimnya mereka apabila menghambat keluar kanak-kanak tadika keluar dari sekolah masing-masing.


"Bukan 10 orang tapi beratus-ratus dan bagi saya ini adalah dosa yang pernah PAS lakukan ketika mereka memerintah Terengganu. Mereka langsung tak mahu meminta maaf kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2013 Ramadan peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini.

Katanya, PAS seharusnya mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada rakyat Terengganu terlebih dahulu sebelum berhasrat mahu merampas semula pemerintahan negeri ini daripada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai penyalahgunaan media sosial secara melampau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Pelbagai kaedah digunakan untuk berkempen. Memuji dan memperlekehkan orang adalah lazim dalam laman sosial, tapi laporan mengenai penyalahgunaan secara melampau masih belum diterima setakat ini," katanya.
Mengulas mengenai kes penghinaan agama Islam yang dilakukan pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling, Ahmad Shabery berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada badan kehakiman negara bagi menentukan hukuman yang setimpal terhadap mereka berdua.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_RakyatperluimbaudosaPAS/Article/?bh | 20JUL

Roket pun ada juga ke?

Berat nanang!

Kuala Besut bertambah Biru!


PRK Kuala Besut: 1,148 tentera, polis mengundi awal hari ini

JERTIH: Seramai 1,148 tentera dan polis serta pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena PRK Kuala Besut di Pangkalan Udara Gong Kedak, dekat sini.

Anggota tentera dan polis mula menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8 pagi di pusat pengundian di Dewan Serbaguna, pangkalan udara berkenaan.
Pengundian awal itu membabitkan dua saluran.

Proses mengundi awal dikawal rapi anggota polis dan dipantau petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_1_148Tentera_polismengundiawalhariini/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html 

Anak Ustaz, Profesional, Ore Mudo

CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) beramah mesra dengan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang sudah membuang undi awal pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.01 Kuala Besut di Dewan Serbaguna Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak di sini, hari ini. - Foto Aswadi Alias

PRK Kuala Besut: Calon BN puas hati proses undi awal di Gong Kedak

JERTIH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyifatkan proses mengundi awal di Pangkalan Udara Gong Kedak berjalan lancar undi awal di dua saluran di situ.

"Tiada masalah dan saya berpuashati dengan perjalanan proses mengundi awal PRK ini yang dikendalikan SPR," katanya yang tiba pada kira-kira jam 9.56 pagi bagi meninjau proses mengundi awal berkenaan.
Beliau berharap agar pengundi di Gong Kedak dapat terus mengundi BN dan mendapat majoriti lebih besar.

Katanya,baki hari berkempen akan digunakan untuk mempergiatkan usaha menarik pengundi untuk mengundi BN.

"Kita akan terus berjumpa pengundi dan menyatakan mengundi BN adalah yang terbaik untuk masa depan," katanya.

Beliau juga masih meneruskan pendekatan berjumpa golongan muda dan menyifatkan penerimaan mereka amat memberangsangkan dan menggalakkan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_CalonBNpuashatiprosesundiawaldiGongKedak/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html 

Friday, July 19, 2013

Worih waroh

Bersama saudara-mara bagi membatu calon BN menang dengan mojoriti bertambah dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut

Anak Ustaz, Profesional, Ore Mudo

Abg Ku kelihatan bersama dengan dua bekas wakil rakyat Kuala Besut Dato' Haji Wan Zakaria Abd Rahman dan Haji Abdullah Che Muda yang turun membantu kempen pilihanraya kecil Kuala Besut.

Pemuda UMNO kesal penceramah Pas buat fitnah dalam Ramadan

Persatuan Pemandu Teksi Kuala Besut memasang kain rentang tanda sokongan kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman di hentian bas dan teksi Kuala Besut, Besut, Terengganu, semalam. 
*****
BESUT 18 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan tindakan penceramah Pas yang tidak menghormati Ramadan apabila masih membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terutama ke atas calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya meminta kepemimpinan Pas supaya mengawal penceramah mereka agar tidak mencemarkan suasana dan perlulah memperlihatkan kematangan berpolitik dalam bulan yang mulia ini.
Beliau berkata, sewajarnya dalam bulan Ramadan kempen berlangsung dalam keadaan harmoni tanpa ada serangan atau kempen politik yang melampau batas.
"Sempena Ramadan, Pemuda BN berkempen dalam keadaan berhemah, kami hanya memperkenalkan calon, misi dan visi kepada rakyat supaya mereka dapat memilih yang betul.
"Namun saya agak kesal apabila ada maklumat yang kita terima ada penceramah Pas yang cuba bunuh karakter calon yang bertanding, menghentam dan mengkritik dalam keadaan yang melampau, jangan sampai amalan mereka sepanjang bulan mulia ini ditolak Allah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Prihatin di Kampung Lampur, di sini semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi KPTM, Mohd. Azis Jamman.
Shohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO berkata, beliau yakin calon yang dikemukakan BN akan menjadi pilihan pengundi di situ terutama golongan muda.
"Calon BN di Kuala Besut cukup bertenaga, orang muda, ada kelulusan dan juga anak ustaz, beliau adalah calon yang terbaik untuk menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meninggal dunia.
"Pengundi muda di Kuala Besut tidak boleh melepaskan calon yang potensi ini untuk diketengahkan.
"Pada masa sama, kita penduduk membuat pilihan sendiri dan bukannya berdasarkan politik desakan, tohmahan dan ugutan yang dibawa oleh penceramah Pas," katanya.

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130719/px_02/Pemuda-UMNO-kesal-penceramah-Pas-buat-fitnah-dalam-Ramadan | 20JUL

PRK Kuala Besut: Mukhriz mahu balas jasa Terengganu

JERTIH: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan berkempen dan membantu habis-habisan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai membalas budi Terengganu kepada Negeri Jelapang Padi itu.

Mukhriz berkata, Kedah banyak belajar daripada Terengganu terutama dalam bidang pendidikan menerusi pendekatan Ulul Albab yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang.
"Kami datang jauh dari Kedah kerana kami membalas jasa dan budi baik kerajaan Terengganu kerana banyak yang kami belajar menerusi pendekatan pendidikan yang digunakan di negeri ini (Terengganu).

"Salah satu contoh ialah pendekatan Ulul Albab yang saya terapkan di Jerlun ketika menjadi Ahli Parlimen," katanya ketika pemberita selepas menyerahkan zakat kepada 110 penerima di Kampung Air Terjun, di sini.

Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri Kedah berkata, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimennya (ketika menjadi Ahli Parlimen) menunjukkan keputusan yang cemerlang selepas menggunakan pendekatan Ulul Albab yang berasal dari Terengganu.

Pendekatan Ulul Albab diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengalakkan lebih ramai pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.

Selain Mukhriz, sembilan lagi Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dari Kedah turut berada di Kuala Besut untuk membantu jentera pilihan raya BN.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_MukhrizmahubalasjasaTerengganu/Article/?bh | 20JUL

Anak Ustaz, Profesional, Ore Mudo

CALON Barisan Nasional Kuala Besut, Tengku Zihan Che Ku Abdul Rahman menghidangkan pulut serta beramah mesra dengan penduduk-penduduk selepas menunaikan solat tarawih di Pulau Perhentian. - Foto Yazit Razali |