Pages

Monday, July 1, 2013

Kuala Besut



Kuala Besut sebelumnya terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu di Malaysia, terletak antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.
Tapi sekarang semakin membangun, menjadi sebuah pekan yang agak penting kepada pelancong kerana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian.
Kuala Besut juga telah pun di daftarkan sebagai pelabuhan oleh Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia juga telah membina satu "Mariner" iaitu sebuah jeti yang lebih baik untuk perahu-perahu layar atau pun bot-bot mewah berlabuh (berdekatan dengan jeti pelancongan).

 
Pekan Kuala Besut boleh dimasuki dari utara iaitu Negeri Kelantan atau dari Kuala Terengganu sebelah selatan. 
hwa | Jul13


No comments: