Pages

Wednesday, July 3, 2013

Pengiraan undi PRK Kuala Besut disiar secara langsung

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat ini untuk membenarkan RTM membuat liputan proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut nanti.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.
"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi sehinggalah keputusan diumumkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd | 4Jul

No comments: