Pages

Friday, July 19, 2013

PRK Kuala Besut: Calon BN layak pikul tugas ADUN jika menang

JERTIH: Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mempunyai kriteria lengkap untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) sekiranya BN mencapai kemenangan.

Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, Tengku Zaihan adalah calon BN yang paling layak untuk memikul amanah dan membawa cabaran politik serta menyuarakan suara hati pengundi di kawasan terbabit.
"Dari segi kriteria memang lengkap. Paling mustahak, kerja sebagai wakil rakyat adalah sepenuh masa dan ia menuntut kecerdasan fikiran serta kecergasan tubuh badan.

"Yang untung bukan saja BN tapi pengundi di Kuala Besut seandainya parti ini terus diberi kepercayaan," katanya ketika ditemui pada program ziarah rumah pengundi uzur dan menyampaikan sumbangan barangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Seberang Barat Luar di sini, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai pendekatan PAS membuat ceramah menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di tempat awam, Razali yang juga Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri berkata, dirinya percaya pendekatan itu memberi kesan kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan persepsi
kononnya kekuatan berada di sebelah pembangkang.

"Namun sebenarnya tiada jalan singkat untuk berjaya. Semua jalan singkat dan benda yang dapat cepat tak baik," katanya.
Sementara itu, katanya, Pemuda UMNO berkempen di Kuala Besut bagi mendapatkan maklumbalas kerana banyak perkara yang boleh dilaksanakan dan bekerjasama mencari jalan penyelesaian.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKualaBesut_CalonBNlayakpikultugasADUNjikaBNmenang/pilihanraya/kualabesut/Article/index_html  | 19Jul

No comments: