ALOR SETAR 4
Jun - Dakwat kekal akan digunakan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut walaupun
beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof.
Beliau
berkata, penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan
pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu
pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.
Namun penggunaannya
akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di
sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa
PRU-13.
"Kita
akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat
kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh,
lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.
Ketika
ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil
Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan
disabotaj. - BERNAMA
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130704/dn_25/Dakwat-kekal-diguna-pada-PRK-DUN-Kuala-Besut---SPR#ixzz2Y3JGeMwq
© Utusan
Melayu (M) Bhd | 04Jul
No comments:
Post a Comment